Dalam suku duka mengenang dosa-dosa semalam, hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diriku. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir..Mencari Allah, mengingati Allah, menyebut-nyebut nama-Nya.Menghadirkan rasa bertuhan agar meyentap sanubari.
"Ya Allah, hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu Banyak dosa"
Maka selepas itu berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.
Ya Allah,
Aku manusia biasa, aku bukan malaikat. Musia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan.Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang?? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah,tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.
Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. aku berpuasa di bulan Ramadhan. aku manusia Biasa!
Tapi , kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! tiada rasa takut kepada-Mu!
Dimanakah semangat itu menghilang?
Dimanakah air mata yang sering mengiringi bacaan Doa?
Hatiku tidak merasai kenikmatan doa. aku jadi taku. pelbagai perkara bermain di filiranku. " Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Hati meronta-ronta, lepaskanlah akau! lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh dari-Mu.
Hati manusia ibarat besi. Setiap doasa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh dicuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan. Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa baginya.
Astaghfirullah...Astaghfirullah....mintak jauh lah...
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang "
(Surah Al-Ra'd 13:28)
Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil namu-Mu. ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah kau palingkan aku setealah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.
Allah....
Aku tersedar. Aku tersentap kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa?? kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik?? tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakan aku sempurna.
Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai..aku lalai Ya Allah...Terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.
"Zikir itu. penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah s.w.t.
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepda siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? kepada siapa lagi hendak hamab menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku??
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu unutk selamanya. jangn sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin Ya Rabb....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan