Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…
Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
silaturrahim adalah janji yg dilafazkan di dalam hati, tak bersuara, tak bertulis, tak putus walaupun sedih berpisah,tak berubah walaupun masa berlalu..(^_^)
Rabu, 25 Januari 2012
Tuhan, Aku Terlalu Banyak Dosa
Pejam celik..pejam celik. Mata x juga dapat nak tutup, memerhatikan segenap ruang bilik, lihat pada jam di Hanset. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Kadang-kadang manusia pasti akan toleh ke belakang,memikirkan tiap detik yang berlalu @ Muhasabah diri..
Dalam suku duka mengenang dosa-dosa semalam, hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diriku. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir..Mencari Allah, mengingati Allah, menyebut-nyebut nama-Nya.Menghadirkan rasa bertuhan agar meyentap sanubari.
"Ya Allah, hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu Banyak dosa"
Maka selepas itu berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.
Ya Allah,
Aku manusia biasa, aku bukan malaikat. Musia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan.Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang?? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah,tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.
Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. aku berpuasa di bulan Ramadhan. aku manusia Biasa!
Tapi , kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! tiada rasa takut kepada-Mu!
Dimanakah semangat itu menghilang?
Dimanakah air mata yang sering mengiringi bacaan Doa?
Hatiku tidak merasai kenikmatan doa. aku jadi taku. pelbagai perkara bermain di filiranku. " Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Hati meronta-ronta, lepaskanlah akau! lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh dari-Mu.
Hati manusia ibarat besi. Setiap doasa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh dicuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan. Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa baginya.
Astaghfirullah...Astaghfirullah....mintak jauh lah...
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang "
(Surah Al-Ra'd 13:28)
Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil namu-Mu. ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah kau palingkan aku setealah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.
Allah....
Aku tersedar. Aku tersentap kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa?? kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik?? tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakan aku sempurna.
Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai..aku lalai Ya Allah...Terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.
"Zikir itu. penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah s.w.t.
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepda siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? kepada siapa lagi hendak hamab menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku??
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu unutk selamanya. jangn sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin Ya Rabb....
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri,
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berlah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen....
Selasa, 17 Januari 2012
Afraid that my heart said to stop
Hati memang susah untuk kita menduga, hati ini juga boleh membuat keputusan diluar jangkaan apa yg kita rancang, ayat mudahnya "Kita merancang tetapi Allah yg menentukannya" begitu juga Hati, sbb hati kita adalah milik Allah...Hatiku masih keliru x dapat membuat keputusan adakah aku akn berhenti terus dari menuntut ilmu dimana tmpt aku bljr sekarang ataupun sebaliknya , tetapi hatiku berkata tidak mahu berhenti karana sudah beberapa tahun aku di **** n than dah hampir nak great dah pun, tinggal lagi 1 Tahun lebih je lagi....TAPI aku masih rasa takut kemungkinan aku akn berhenti dan sambung belajar di tempat lain, siang malam memikirkan Hal nih, begitu seksanya hatiku untuk memikirkan hal nih, terasa amat pedih sangat. Dan aku bersiap sedia akn apa yang akan berlaku selepas ini...jika memang ditakdirkan aku utk berhenti belajar di **** Aku Redha, jika aku mengimbas kembali masa dahulu sebelum aku sambung belajar di ****...memang aku ada rasa menyesal sambung belajar di **** sbb bidang yang aku ambil sekarang bukanlah dri apa yang aku impikan dan seolah-olah jauh sangat tersasar dari landasan yang sepatutnya aku ambik dan kalau nak menyesal sekarang pun x de gunanya, semuanya telah dirancang dan diatur oleh Allah s.w.t dan sebagai umat islam aku percaya dengan qada' dan qadar. Dengan bidang yang aku ambil sekarang memang mencabar diriku dan juga imanku dan walau apa jua bidang yang aku ceburi walaupun bukan dari bidang islamic aku sentiasa memohon kpd Allah agar menjaga diriku dari kelalaian dunia dan juga kemaksiatan. Dan di dalam hal ini juga aku berharap aku dapat habiskan belajar di **** sampailah great,cuma setahun lebih je lagi than lepas tuh barulah aku akan cari balik identitiku yang sebenar maksudnya aku adalah kembali kpd apa yang aku inginkan selama ini. dan aku ingin mintak doa daripada sahabat2 semua untuk mendoakan agar aku terus kekal sambung belajar yg mana tmpt aku belajar sekarang smpailah great....n than lps tuh aku harap hidup aku tidak lagi dibelenggu kekeliruan atau rasa menyesal terhadap keputusan aku buat kelak.... teruskan perjuangan....(Berusaha+Doa+Tawakal) insyaAllah.....
Langgan:
Catatan (Atom)