Malam
berganti pagi, lorong gelap berujung terang dan badaipun akan mereda. Begitupula
air mata duka akan mengering, keluh kesah mereda dan damai bersemayam dihati….
Assalamualaikum…
Entry ini
terbit dikala hati dalam keresahan dan kedukaan. ye lelaki pun ada masanya hati
berduka, terasa pilu melanda, hidup bagaikan tersesat di dalam gua yang tidak
berpenghujung. segalanya gelap gelita tiada sinar yang mampu mengukir senyuman
di bibir. itulah keadaan hatiku. ya HATIKU MILIKMU. Milik Mu yang menciptakan
seluruh isi alam ini dan hanya kepada Mu lah tempat aku mengadu.
kadang-kadang
hati ini seakan meronta-ronta kenapalah aku diuji sebegini. Ya Allah terlalu
berat dugaan Mu terhadap ku, aku tidak mampu lagi untuk mengharungi dugaan
sebegini. ingin sahaja aku memohon kepada Mu ya Allah supaya ambillah nyawaku
ini. aku tidak mampu lagi hidup di dunia Mu ini. dan ingin juga aku tamatkan
riwayat ku di dunia ini andai membunuh diri itu bukan saatu dosa yang besar
sudah lama aku tidak wujud lagi di alam fana ini.
Ya Allah
ampunkan lah hamba mu yang hina ini, aku lalai dalam nikmat yang engkau berikan
aku khilaf dengan ujian kemewahan yang telah engkau limpahkan, aku silap….aku
berdosa dengan Mu ya Allah…
dulu aku
inginkan bintang di langit, dulu aku ingin berada di syurga dunia, dulu aku
adalah seorang lelaki yang lahirnya dalam serba kekurangan, namun engkau telah
memberi harapan dan apa yang aku inginkan tapi malangnya aku lupa bahawa semua
itu pinjaman dari mu sehingga lah engkau merarik balik kenikmatan yang telah
engkau berikan….
kini aku
sendiri, aku dalam kegelapan, aku tersesat hanya kerana mengejar syurga dunia
yang tidak kekal....
ramainya tanya aku hidup aku cukup seronok, apa yang aku nak semua dapat
semua cerita aku membuat orang berasa cemburu namun percayalah engkau pasti tak
akan berkata begitu andai engkau tahu apa yang aku alami. ya memang cerita aku
semuanya gembira semuanya seronok dan itulah tujuaan aku. aku tidak mahu orang
tengok kesedihan dan kesusahan di sebalik keriangan aku. biarlah aku simpan
kedukaan aku sendiri. dan jika kau cerita kedukaan yang aku alami ini mungkin
90% tidak akan mempercayainya…
percayalah kegembiraan yang aku alami hanya sedetik sahaja jika
dibangdingkan dengan keperitan yang aku alami mungkin seumur hidup aku…
Ya Allah aku bukan tidak redha dengan ujian Mu ini cuma aku ingin mengadu
kepada Mu yang mengenali akan setiap keinginan hamba mu ini..
Fitrahnya iman itu bermusim. Ada
masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun,
insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan
amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang
paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT
kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian
hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya
yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan
ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5
waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti
Ya Allah.. sambutlah tangan ini,
tetapkanlah hati ini, dekatkanlah langkah mujahadah ini dalam kebaikan dan
keredhaanMu. Sesungguhnya rahmatMu ku dambakan. AmpunanMu ku pohonkan.
Ampunilah dosa-dosa semalam dan terimalah taubatku ini Ya Ghaffar. Hanya padaMu
ku memohon keampunan dan hanya padaMu jua ku serahkan diri.
Begitulah hidup, Hidup penuh dgn bicara.....semoga awk tabah menghadapi ujian hidup. Good Luck :)
BalasPadam