iMaN OfficiaL

Ahad, 18 Oktober 2015

I'm Feeling 23!


Alhamdulillah....

Di usia yang ke-23 ini mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik serta selalu berupaya menjadi yang terbaik. Umur 23 bukanlah awal dari perjalanan hidup namun awal dari kedewasaan diri untuk meneruskan kehidupan yang mendatang , waktu lalu mungkin you’re nothing, namun 23 tahun ni you must be something! sekarang kamu bukan lagi kanak-kanak, bukanlah juga remaja, tetapi dewasa! berusaha untuk dewasa dengan cara sikap yang lebih matang.

Buat Keluarga, saudara-saudara, sahabat-sahabat, kawan-kawan yang senantiasa ada buat ku, terima kasih kerana selalu mendampingi diri ini yang serba kekurangan, sekalipun kadang-kadang sebahagian dari mereka hilang saat diperlukan, namun yakin ukhwah@ikatan yang terjalin itu takkan terlerai dek berjauhan. Ia serba sedikit mengajar diri ini lebih dewasa dan matang. Kematangan seseorang itu pasti tahu menghormati hadirnya orang lain sekalipun mereka tidak pernah ada buat kita.

Akhir Kalam...

Selamat Ulang Tahun Yang Ke- 23 untuk diriku, and special thanks to my mom 'Pn. Rafiah Binti Said' and my dad 'En. Ismail Bin Ibrahim' kerana melahirkan dan membesarkan anakmu ini.

"Ya Allah diusia ini juga aku masih memerlukan Doa-doa IbuBapaku untuk mengiringi setiap perjalananku di Dunia ini untuk mendapat restu,berkat dan redha mereka demi meraih RedhaMu. Oleh itu Ya Allah, Engkau panjangkan umur mereka untuk aku terus berbakti kepada mereka, Dan kurniakanlah aku ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada insan-insan disekelilingku, pimpinlah tangan hambaMu ini, pimpinlah hati hambaMu ini, pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku, bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir untuk menuntut ilmu di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin. "


By : Muhammad Imaduddin Bin Ismail





Sabtu, 26 Julai 2014



َلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُ

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan telah pun sampai ke penghujungnya dan akan meninggalkan kita. Bulan Ramadhan adalah bulan ujian. Seluruh umat Islam akan menempuh ujian di bulan tersebut dan dibulan Ramadhan ini juga kita dikejutkan dengan Nahas MH17 (Malaysian Airlines) yang terhempas akibat tembakan dari permukaan ke udara, ini adalah ujian yang paling besar buat ahli-ahli keluarga mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Ada segelintir yang berjaya menghadapi ujian itu dan ramai juga yang gagal. Sebaliknya ada juga sesetengah umat Islam yang enggan terus terlibat dengan ujian di bulan tersebut.

Dalam kita bergembira utk
untuk menyambut hari raya, janganlah kita lupa saudara seIslam kita jauh nun di Gaza,Palestin yang masih lagi dalam zon peperangan. Sama-samalah kita panjatkan doa kepada mereka yang dalam kesusahan serta kehancuran buat Israel Laknatullah. Janganlah mementingkan diri sendiri dengan bergembira di sini sedangkan masih ramai saudara seagama kita yang menderita di luar sana.


اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ...

Kini Aidil Fitri telah pun tiba. Kedatangan Aidil Fitri perlu disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya. Namun demikian, ini bukanlah bererti bahawa perjuangan tersebut terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan wajar diteruskan dan amalan yang haram ditinggalkan.

Marilah kita menyambut hari raya ini dengan cara yang sederhana tetapi penuh dengan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. dan mengharapkan keberkatan daripada-Nya. Janganlah pula kita korbankan kesan didikan daripada puasa itu dengan kembali mengikut hawa nafsu yang cenderung kepada perbuatan maksiat. Jiwa yang sudah dibersihkan, janganlah dikotorkan semula. Fikiran yang dijernihkan dengan bacaan Al-Quran, janganlah diracuni dengan kefahaman yang karut, perangai atau akhlak yang sudah dipulihkan, janganlah dirosakkan pula kerana dorongan syaitan.

Semoga dengan bermulanya Syawal ini akan menjadi titik tolak dan azam kita untuk meneruskan segala amalan yang baik samada berupa ibadat ataupun perkara-perkara kebajikan.

Aidil Fitri menurut perspektif Islam merupakan hari yang berkat dan hari yang hanya dikhususkan bagi kaum Muslimin dan merupakan salah satu syiar Islam. Bagi orang yang telah dapat menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan dengan sebenar-benar puasa sudah tentu akan bergembira dan bersyukur dengan kedatangan satu Syawal kerana hari raya adalah hari menerima ‘hadiah’ atau ganjaran daripada Allah S.W.T. khusus bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan Ramadhan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan daripada Saad bin Aus Al-Ansari daripada ayahnya R.A. baginda bersabda yang maksudnya:

"Apabila tiba Hari Raya Fitrah, berdirilah malaikat di pintu-pintu jalan lalu menyeru, pergilah wahai kaum Muslimin menghadap Tuhan yang Maha Pemurah yang memberikan kebajikan dan kemudian memberikan pahala yang banyak, demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan untuk melakukan Qiamullail, maka kamu membuatnya, dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya, maka kamu berpuasa, kamu juga mentaati Tuhan kamu, maka kamu terimalah balasan kamu, maka apabila bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru : ketahuilah bahawasanya Tuhan kamu telah mengampunkan kamu dan pulanglah menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu di langit sebagai hari Al-Jaizah (hari mendapat ganjaran)".

Sebenarnya hari raya Aidil Fitri dirayakan kerana meraikan kejayaan orang yang telah berjaya berhadapan dengan ujian di bulan Ramadhan. Dengan kejayaan tersebut, mereka layak menerima anugerah daripada Allah S.W.T. Walaupun hadiahnya tidak berbentuk sijil atau syahadah dan tidak disampaikan di atas pentas dewan pada pagi hari raya, tetapi anugerah tersebut tetap tersimpan untuk diserahkan di pentas hari akhirat kelak.

Kullu 'am wa antum bi khair...
Taqaballahu minna wa minkum...
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin!

Daripada Saya,
Muhammad Imaduddin Bin Ismail dan Seluruh Ahli Keluarga.

Sekian,
Assalamualaikum wbt.

Khamis, 3 Oktober 2013

KEMATIAN MENANTI...


Lihatlah.. se gah manapun bunga itu berdiri, ia akan layu dan mati...



Wahai diri. 
Mengapa kamu masih riang bermain?
Terlena dengan angan-angan. 
Padahal ajal di depan matamu! 

Sedarlah wahai diri, 

Kamulah orang yang tertipu! 

Tertipu dengan dunia

Hingga mata hatimu kelabu
Kelam dengan hawa nafsu 
Hinggakan syaitan tidak lagi menjadi musuhmu
Malah menjadi teman mu!

Lihatlah sekuntum mawar itu

Dari kuntuman kecil
Lalu ia membesar mekar mewangi
Namun, datang suatu masa
Akan hadir seekor perosak
Merosakkan segalanya
Menarik segala nikmat yang ada!

Waktu itu

Hilanglah segalanya....
Lenyaplah semua yang ada!

Apa pernah kamu fikir bekalan ke sana?

Apakah ia mencukupi atau tidak?
Atau kamu sibuk mengais habuan dunia
Hingga lupa mengutip bekalan ke sana.

Allahurabbi..

Lemahnya diri ini.. 

Kalau sudah tahu lemah

Sedarlah diri!

 

Ini pesanan untuk diri yang menulis, jika yang membaca rasa ia perlu untuk anda.
Ambillah sebagai peringatan bersama.
Moga Allah redha.




p/s: Terima kasih sahabat - sahabat yang banyak mengingatkan diri ini mengenai kematian yang sentiasa menghampiri ketika "wish birthday". Moga Allah pandu hati kita kepadaNya.

AKU




Aku
Tidak seperti yang engkau lihat.
Tidak seperti yang engkau fikir.
Tidak seperti yang engkau gambarkan.

Aku.
Hanya manusia biasa.
Yang kerap melakukan kesilapan.
Yang kerap melakukan dosa.
Yang lemah imannya.

Aku ini..
Kadang - kadang ikut Tuhan
Kadang - kadang terikut juga telunjuk syaitan.

Ah, jiwaku memang tidak keruan.
bilamana syaitan yang jadi ikutan.

Cahaya dihati.
Dilitupi kegelapan.

Aku tidak mahu terus begini.
Terperangkap diantara
Kefasikan dan keimanan.

Letihnya.
Hati ini..
Bila jauh dari Tuhan.

Gemuruh,
Risau,
Gelisah,
Datang bertalu - talu
Bila jauh darimu..Tuhan.

Aku cuba kembali padamu.
Tapi dunia menarik ku kembali..

Dan dari situ aku sedar.
Aku hanya hambaMu yang lemah.....