iMaN OfficiaL

Rabu, 22 Mei 2013

LUAHAN HATI


Malam berganti pagi, lorong gelap berujung terang dan badaipun akan mereda. Begitupula air mata duka akan mengering, keluh kesah mereda dan damai bersemayam dihati…. Assalamualaikum…

Entry ini terbit dikala hati dalam keresahan dan kedukaan. ye lelaki pun ada masanya hati berduka, terasa pilu melanda, hidup bagaikan tersesat di dalam gua yang tidak berpenghujung. segalanya gelap gelita tiada sinar yang mampu mengukir senyuman di bibir. itulah keadaan hatiku. ya HATIKU MILIKMU. Milik Mu yang menciptakan seluruh isi alam ini dan hanya kepada Mu lah tempat aku mengadu.

kadang-kadang hati ini seakan meronta-ronta kenapalah aku diuji sebegini. Ya Allah terlalu berat dugaan Mu terhadap ku, aku tidak mampu lagi untuk mengharungi dugaan sebegini. ingin sahaja aku memohon kepada Mu ya Allah supaya ambillah nyawaku ini. aku tidak mampu lagi hidup di dunia Mu ini. dan ingin juga aku tamatkan riwayat ku di dunia ini andai membunuh diri itu bukan saatu dosa yang besar sudah lama aku tidak wujud lagi di alam fana ini.

Ya Allah ampunkan lah hamba mu yang hina ini, aku lalai dalam nikmat yang engkau berikan aku khilaf dengan ujian kemewahan yang telah engkau limpahkan, aku silap….aku berdosa dengan Mu ya Allah…

dulu aku inginkan bintang di langit, dulu aku ingin berada di syurga dunia, dulu aku adalah seorang lelaki yang lahirnya dalam serba kekurangan, namun engkau telah memberi harapan dan apa yang aku inginkan tapi malangnya aku lupa bahawa semua itu pinjaman dari mu sehingga lah engkau merarik balik kenikmatan yang telah engkau berikan….

kini aku sendiri, aku dalam kegelapan, aku tersesat hanya kerana mengejar syurga dunia yang tidak kekal.... 

ramainya tanya aku hidup aku cukup seronok, apa yang aku nak semua dapat semua cerita aku membuat orang berasa cemburu namun percayalah engkau pasti tak akan berkata begitu andai engkau tahu apa yang aku alami. ya memang cerita aku semuanya gembira semuanya seronok dan itulah tujuaan aku. aku tidak mahu orang tengok kesedihan dan kesusahan di sebalik keriangan aku. biarlah aku simpan kedukaan aku sendiri. dan jika kau cerita kedukaan yang aku alami ini mungkin 90% tidak akan mempercayainya…

percayalah kegembiraan yang aku alami hanya sedetik sahaja jika dibangdingkan dengan keperitan yang aku alami mungkin seumur hidup aku…

Ya Allah aku bukan tidak redha dengan ujian Mu ini cuma aku ingin mengadu kepada Mu yang mengenali akan setiap keinginan hamba mu ini..

 


Fitrahnya iman itu bermusim. Ada masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun,  insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5 waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti

Ya Allah.. sambutlah tangan ini, tetapkanlah hati ini, dekatkanlah langkah mujahadah ini dalam kebaikan dan keredhaanMu. Sesungguhnya rahmatMu ku dambakan. AmpunanMu ku pohonkan. Ampunilah dosa-dosa semalam dan terimalah taubatku ini Ya Ghaffar. Hanya padaMu ku memohon keampunan dan hanya padaMu jua ku serahkan diri.


Ahad, 24 Februari 2013

Manusia Di Beri Pilihan Sama ada Untuk Menerima Yang Benar Atau Yang Batil


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia diberi pilihan oleh Allah SWT di dunia ini samaada dia memilih jalan yang lurus (jalan yang benar) atau dia memilih jalan yang bengkuk.(jalan yang batil)

Allah SWT telah mengutus para rasul dimuka bumi ini kepada setiap umat dengan membawa ajaran suci dan mengajak manusia beriman dan mentauhidkan Allah SWT dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. Setelah ajaran para rasul  ini sampai kepada manusia maka manusia sendiri akan bertanggungjawab di atas keingkarannya menerima kebenaran.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." (Surah Al-Israa' (17) ayat 15)

Kalaulah Allah perlakukan sebagaimana yang Dia kehendaki iaitu menyesatkan, mengapa pula Allah SWT utuskan para rasul dan kitab? Apakah Allah SWT tidak pernah utuskan para rasul? Sehingga manusia tidak tahu apa yang harus dilakukan atau harus ditinggalkan?. Allah SWT ada menyatakan bahawa Dia tidak akan mengazab sesiapa selagi belum diutuskan para rasul.

Dalam al-Quran ada diberitahu bahawa tidak ada satu kaum pun yang tidak diutuskan rasul.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
(Surah Faatir (35) ayat 24)

Sahabat yang dimuliakan,
Pada zaman Saidina Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah seorang pencuri telah tertangkap ketika mencuri, lalu dihadapkan ke hadapan Umar untuk diadili.

Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya :  "Kenapa kamu mencuri?"

Lalul dijawab oleh pencuri; "Ya Amirul Mukminin! Aku mencuri kerana Allah telah takdirkan aku mencuri, lalu aku mencuri".

Umar pun memerintahkan sahabat supaya memotong tangan orang ini dan menyebatnya. Pencuri tidak puas hati dan bertanya : "Mana ada hukuman seperti ini di dalam al-Quran? Dalam al-Quran hanya ada perintah potong tangan"

Saidina Umar r.a menjawab: "Potong tangan kerana kamu mencuri dan sebat kerana kamu berdusta terhadap Allah, kamu jadikan qadar dan qada sebagai alasan (menyalahkan takdir Allah)".

Perkara yang sering kita dengar: Bila orang berjaya dalam satu-satu perkara seperti dalam perniagaan bila ditanya sebab-sebab berjaya dia kata dia telah berusaha bersungguh-sungguh dan membuat pengurusan yang baik, tetapi bila mendapat muflis dia akan kata nak buat macam mana sudah takdir.

Begitu juga orang yang sihat, bila ditanya apa formula dia sihat maka  dia akan jawab, dia jaga kesihatan dengan menjaga makanan, bersenam dan macam-macam lagi. Bila sakit dia akan kata nak buat macam mana sudah takdir. Ucapan tersebut seolah-olah bila berlaku sesuatu yang tidak baik akan di nisbahkan kepada Allah SWT (Maha Suci Allah daripada berbuat begitu), jika terdapat kebaikan dinisabhkan pula kepada diri sendiri.

Baik dan tidak baik semuanya ketentuan Allah SAW. Manusia kena buat pilihan. Penjelasan Umar dalam  kisah di atas adalah tentang membuat pilihan. Dua-dua qada Allah SWT, jika dinisbahkan perkara tidak baik kepada Allah SWT; itu adalah satu pendustaan terhadap Allah SWT. Lihat dalam ayat di bawah:

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" (Surah al-A'raaf (7) ayat 28)

Allah SWT beri kita kemampuan untuk melakukan perkara-perkara yang diperintahkan.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ

Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Dengan sebab itu, apabila Allah SWT memberi kita tanggungjawab atau tugas maka Dia Maha Mengetahui bahawa kita berkemampuan untuk melakukannya kemudian diberi pula kebebasan untuk  memilih maka apabila berlaku perkara-perkara yang tidak elok kita perlu menyalahkan diri kita sendiri (kerana kelemahan dan kejahilan kita).

Sahabat yang dikasihi,
Pepatah melayu ada menyatakan :"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" Jika kita berhajat kepada kebaikan, mendapat rahmat dan reda daripada Allah SWT di dunia dan akhirat maka kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkannya. Janji Allah SWT sekiranya para hamba-Nya ketika di dunia beramal ibadah, amal soleh, berakhlak mulia dan tidak mensyirikkan-Nya maka balasannya adalah syurga seluas langit dan bumi.

Oleh itu kalian perlulah "tepuk dada tanya iman dan mata hati kalian" jika kalian tunaikan semua hak yang wajib kalian tunaikan di dunia ini maka hasilnya kalian sendiri yang akan memperolehinya bukan orang lain, sebaliknya jika kalain leka, lalai dan abaikan amanah ini maka azab dan penderitaan yang berpanjangan akan diterima di akhirat nanti. Pilihan yang tepat ada ditangan kalian insya Allah.

SaHaBaT UntuK SaHaBaT





sahabatku..

andai ini warkah terakhirku..
maafkanlah segala kesilapanku
terhadapmu..

sahabatku..
aku bersyukur kerana mengenalimu
bersama-sama denganku
dalam perjuangan
menuntut ilmu..
mencari erti kehidupan
dan erti hamba pada Yang Maha ESA

sahabatku
masihkah kau ingat
kita bersama-sama
dalam suka dan duka
 mengharungi cabaran dan dugaan
sebagai pelajar
sebagai sahabat
 aku ingat itu
dan aku akan sentiasa simpan
di memori ini..

sahabatku
aku rindu pada kenangan kita
andai ku dapat memutar waktu
ku ingin sekali kembali
pada masa mula2 kita bertemu..

sahabatku..
pertama dan selama-lamanya
aku ingin memohon
kemaafan denganmu
andai aku tidak menghargaimu
andai aku pernah mengguris perasaanmu
andai aku tidak memahamimu

sahabatku
maafkanlah diriku
kerana keegoanku
kerana kelemahanku
kerana sikapku
aku sedar siapalah diriku
insan yang banyak kekurangan
dan banyak melakukan kesalahan

sahabatku
seikhlas hatiku
aku benar -benar menyayangimu
sebagai sahabatku
dunia dan akhirat
dan aku sentiasa mendoakan
moga ukhwah yang terbina ini
berkekalan hingga ke syurga..

sahabatku
tiadalah kalimah perpisahan dalam hatiku
kerana ku tahu
walaupun kita berjauhan
dirimu sentiasa dekat di hatiku.
.
sahabatku
aku sayang padamu
aku ingin menjadi sahabat baikmu
seikhlas hatiku
hanya itu yang mampu
ku ucapkan..
selamanya moga Allah
sentiasa merahmati
ikatan ukhwah ini..
aamiin..




Khamis, 18 Oktober 2012

~DiSaAt uSiA TeLaH BeRtAmBaH..~ Alhamdulillah....


Bismillahirahmanirahim…..

   Alhamdulillah..Ya Allah utk usia yg telah Engkau berikan. Terima Kasih juga utk setiap rezeki yg Engkau kurniakan. Terima Kasih utk setiap cubaan yg Engkau tutunkan. Terima Kasih utk bakat dan ilham yg telah Engkau anugerahkan, . Sesungguhnya terlalu banyak yg telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

    Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku dating. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

    Ampunkan aku Ya Allah  pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu, Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran , ada masanya aku goyah keimanan, ada masanya aku hamper terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali  jauh drp kesesatan.

   Dalam usiaku lingkungan 20-an, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman, dalam usia yg masih lagi belajar utk mengenal erti kehidupan ini..aku ingin lebih merinduiMu dan mendekatkan diriku kpdMU Ya Rahim. Dalam usiaku sekarang, ku inginkan hanyalah ketenangan , kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yg sudi. Dengan usiaku ini Ya Allah, Engkau jagalah hatiku ini, jauhkan lah drp hati yg kotor dan gelap. Engkau bersihkanlah hatiku ini. Dengan usia ini juga ku mengharap Engkau Kurniakanlah Jodoh yg Solehah buatku,Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku utk menyentuh hati seseorang yg terpaut hatinya kepadaMu agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu & dan agar aku tidak berpaling dariMu Ya Allah. 


    Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini.pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus..sebagai hambaMu yg hina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku, bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

    Ya Al Hakim..berikan lah ilham & Kebijaksanaan kepadaku agar aku mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah ke jalanMu. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

   Terima Kasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar…peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

   Terimalah permohonan hambaMu yg sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill…

Amin Ya Rabbul Alamin..


Rabu, 25 Januari 2012

Muhasabah Cinta

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…


Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu




Tuhan, Aku Terlalu Banyak Dosa

Pejam celik..pejam celik. Mata x juga dapat nak tutup, memerhatikan segenap ruang bilik, lihat pada jam di Hanset. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Kadang-kadang manusia pasti akan toleh ke belakang,memikirkan tiap detik yang berlalu @ Muhasabah diri..

Dalam suku duka mengenang dosa-dosa semalam, hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diriku. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir..Mencari  Allah, mengingati Allah, menyebut-nyebut nama-Nya.Menghadirkan rasa bertuhan agar meyentap sanubari.

"Ya Allah, hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu Banyak dosa"


Maka selepas itu berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.

Ya Allah,
Aku manusia biasa, aku bukan malaikat. Musia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan.Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang?? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah,tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. aku berpuasa di bulan Ramadhan. aku manusia Biasa!

Tapi , kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! tiada rasa takut kepada-Mu!
Dimanakah semangat itu menghilang?
Dimanakah air mata yang sering mengiringi bacaan Doa?

Hatiku tidak merasai kenikmatan doa. aku jadi taku. pelbagai perkara bermain di filiranku. " Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Hati meronta-ronta, lepaskanlah akau! lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh dari-Mu.

Hati manusia ibarat besi. Setiap doasa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh dicuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan. Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa baginya.

Astaghfirullah...Astaghfirullah....mintak jauh lah...

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang "
                                                                     (Surah Al-Ra'd 13:28)

Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil namu-Mu. ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah kau palingkan aku setealah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.


Allah....
Aku tersedar. Aku tersentap kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa?? kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik?? tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakan aku sempurna.

Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai..aku lalai Ya Allah...Terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.

"Zikir itu. penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah s.w.t.

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepda siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? kepada siapa lagi hendak hamab menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku??


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu unutk selamanya. jangn sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin Ya Rabb....