silaturrahim adalah janji yg dilafazkan di dalam hati, tak bersuara, tak bertulis, tak putus walaupun sedih berpisah,tak berubah walaupun masa berlalu..(^_^)
Khamis, 3 Oktober 2013
JaTuH
Setelah lama aku mendaki.
Di lembah itu.
Aku tersungkur.
Lama.
Sangat lama.
Atmosfera di sana
Sungguh berbeda
Imanku terseksa disana
Namun,
Yang peliknya.
Nafsuku melonjak gembira.
Tidak ku tahu mengapa.
Hairannya
Ketika itu.
Tiada siapa menghulur tangan
Menyambutku semula
Yang ada
Hanyalah tukang kata.
Menjaja cerita
Sini dan sana
Ya,
Salahku sendiri yang tersungkur
Kerna aku lupa
Yang dunia ini hanyalah tempat senda gurau sahaja.
Tetapi mengapa engkau hanya sibuk menjaja?
Kenapa tidak membantu aku sahaja?
Puas sudah ku tunggu
Menanti siapa yang mahu membantu.
Hinggalah dia hadir.
Disahut tanganku.
Sambil berkata,
"Aku nak bawa engkau kembali ke jalan Syurga"
"Tapi mengapa?"
Balasku.
"Demi Allah,
Engkau sahabatku,
Bagaimana mungkin aku sanggup tinggalkan engkau?
Aku mahu kita bersama menuju ke syurga!"
Balasnya.
Dan.
Saat itu.
Lidah ku kelu.
Mulut ku membisu.
Hanya air mata yang berkata - kata.
Untungnya aku rasa,
ada sahabat yang soleh di sisi.
Aku silap,
Ditegur.
Aku terjatuh,.
Disambut,
Dengan Izin Allah.
Hari ini.
Aku sambung kembali
Jalan yang pernah ku jalani.
Lembah itu.
Tidak mahu aku ke sana lagi.
Moga aku terus di jalan ini.
Agar dapat ku gapai redha Ilahi....
Di lembah itu.
Aku tersungkur.
Lama.
Sangat lama.
Atmosfera di sana
Sungguh berbeda
Imanku terseksa disana
Namun,
Yang peliknya.
Nafsuku melonjak gembira.
Tidak ku tahu mengapa.
Hairannya
Ketika itu.
Tiada siapa menghulur tangan
Menyambutku semula
Yang ada
Hanyalah tukang kata.
Menjaja cerita
Sini dan sana
Ya,
Salahku sendiri yang tersungkur
Kerna aku lupa
Yang dunia ini hanyalah tempat senda gurau sahaja.
Tetapi mengapa engkau hanya sibuk menjaja?
Kenapa tidak membantu aku sahaja?
Puas sudah ku tunggu
Menanti siapa yang mahu membantu.
Hinggalah dia hadir.
Disahut tanganku.
Sambil berkata,
"Aku nak bawa engkau kembali ke jalan Syurga"
"Tapi mengapa?"
Balasku.
"Demi Allah,
Engkau sahabatku,
Bagaimana mungkin aku sanggup tinggalkan engkau?
Aku mahu kita bersama menuju ke syurga!"
Balasnya.
Dan.
Saat itu.
Lidah ku kelu.
Mulut ku membisu.
Hanya air mata yang berkata - kata.
Untungnya aku rasa,
ada sahabat yang soleh di sisi.
Aku silap,
Ditegur.
Aku terjatuh,.
Disambut,
Dengan Izin Allah.
Hari ini.
Aku sambung kembali
Jalan yang pernah ku jalani.
Lembah itu.
Tidak mahu aku ke sana lagi.
Moga aku terus di jalan ini.
Agar dapat ku gapai redha Ilahi....
Rabu, 22 Mei 2013
LUAHAN HATI
Malam berganti pagi, lorong gelap berujung terang dan badaipun akan mereda. Begitupula air mata duka akan mengering, keluh kesah mereda dan damai bersemayam dihati…. Assalamualaikum…
Entry ini terbit dikala hati dalam keresahan dan kedukaan. ye lelaki pun ada masanya hati berduka, terasa pilu melanda, hidup bagaikan tersesat di dalam gua yang tidak berpenghujung. segalanya gelap gelita tiada sinar yang mampu mengukir senyuman di bibir. itulah keadaan hatiku. ya HATIKU MILIKMU. Milik Mu yang menciptakan seluruh isi alam ini dan hanya kepada Mu lah tempat aku mengadu.
kadang-kadang hati ini seakan meronta-ronta kenapalah aku diuji sebegini. Ya Allah terlalu berat dugaan Mu terhadap ku, aku tidak mampu lagi untuk mengharungi dugaan sebegini. ingin sahaja aku memohon kepada Mu ya Allah supaya ambillah nyawaku ini. aku tidak mampu lagi hidup di dunia Mu ini. dan ingin juga aku tamatkan riwayat ku di dunia ini andai membunuh diri itu bukan saatu dosa yang besar sudah lama aku tidak wujud lagi di alam fana ini.
Ya Allah ampunkan lah hamba mu yang hina ini, aku lalai dalam nikmat yang engkau berikan aku khilaf dengan ujian kemewahan yang telah engkau limpahkan, aku silap….aku berdosa dengan Mu ya Allah…
dulu aku inginkan bintang di langit, dulu aku ingin berada di syurga dunia, dulu aku adalah seorang lelaki yang lahirnya dalam serba kekurangan, namun engkau telah memberi harapan dan apa yang aku inginkan tapi malangnya aku lupa bahawa semua itu pinjaman dari mu sehingga lah engkau merarik balik kenikmatan yang telah engkau berikan….
kini aku sendiri, aku dalam kegelapan, aku tersesat hanya kerana mengejar syurga dunia yang tidak kekal....
ramainya tanya aku hidup aku cukup seronok, apa yang aku nak semua dapat semua cerita aku membuat orang berasa cemburu namun percayalah engkau pasti tak akan berkata begitu andai engkau tahu apa yang aku alami. ya memang cerita aku semuanya gembira semuanya seronok dan itulah tujuaan aku. aku tidak mahu orang tengok kesedihan dan kesusahan di sebalik keriangan aku. biarlah aku simpan kedukaan aku sendiri. dan jika kau cerita kedukaan yang aku alami ini mungkin 90% tidak akan mempercayainya…
percayalah kegembiraan yang aku alami hanya sedetik sahaja jika dibangdingkan dengan keperitan yang aku alami mungkin seumur hidup aku…
Ya Allah aku bukan tidak redha dengan ujian Mu ini cuma aku ingin mengadu kepada Mu yang mengenali akan setiap keinginan hamba mu ini..
Fitrahnya iman itu bermusim. Ada masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun, insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5 waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti
Ya Allah.. sambutlah tangan ini, tetapkanlah hati ini, dekatkanlah langkah mujahadah ini dalam kebaikan dan keredhaanMu. Sesungguhnya rahmatMu ku dambakan. AmpunanMu ku pohonkan. Ampunilah dosa-dosa semalam dan terimalah taubatku ini Ya Ghaffar. Hanya padaMu ku memohon keampunan dan hanya padaMu jua ku serahkan diri.
Ahad, 24 Februari 2013
Manusia Di Beri Pilihan Sama ada Untuk Menerima Yang Benar Atau Yang Batil
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ
ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang
dirahmati Allah,
Manusia diberi
pilihan oleh Allah SWT di dunia ini samaada dia memilih jalan yang lurus (jalan
yang benar) atau dia memilih jalan yang bengkuk.(jalan yang batil)
Allah SWT telah
mengutus para rasul dimuka bumi ini kepada setiap umat dengan membawa ajaran
suci dan mengajak manusia beriman dan mentauhidkan Allah SWT dan tidak
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. Setelah ajaran para rasul ini sampai kepada manusia maka manusia
sendiri akan bertanggungjawab di atas keingkarannya menerima kebenaran.
Firman Allah SWT
maksudnya : "Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan
Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya
kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang
boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa
usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami
mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)."
(Surah Al-Israa' (17) ayat 15)
Kalaulah Allah
perlakukan sebagaimana yang Dia kehendaki iaitu menyesatkan, mengapa pula Allah
SWT utuskan para rasul dan kitab? Apakah Allah SWT tidak pernah utuskan para
rasul? Sehingga manusia tidak tahu apa yang harus dilakukan atau harus
ditinggalkan?. Allah SWT ada menyatakan bahawa Dia tidak akan mengazab sesiapa
selagi belum diutuskan para rasul.
Dalam al-Quran ada
diberitahu bahawa tidak ada satu kaum pun yang tidak diutuskan rasul.
Firman Allah SWT
maksudnya : "Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar,
sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun
melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan
amaran.
(Surah Faatir (35)
ayat 24)
Sahabat yang
dimuliakan,
Pada zaman Saidina
Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah seorang pencuri telah tertangkap ketika
mencuri, lalu dihadapkan ke hadapan Umar untuk diadili.
Saidina Umar
al-Khattab r.a. bertanya : "Kenapa
kamu mencuri?"
Lalul dijawab oleh
pencuri; "Ya Amirul Mukminin! Aku mencuri kerana Allah telah takdirkan aku
mencuri, lalu aku mencuri".
Umar pun
memerintahkan sahabat supaya memotong tangan orang ini dan menyebatnya. Pencuri
tidak puas hati dan bertanya : "Mana ada hukuman seperti ini di dalam
al-Quran? Dalam al-Quran hanya ada perintah potong tangan"
Saidina Umar r.a menjawab:
"Potong tangan kerana kamu mencuri dan sebat kerana kamu berdusta terhadap
Allah, kamu jadikan qadar dan qada sebagai alasan (menyalahkan takdir
Allah)".
Perkara yang sering
kita dengar: Bila orang berjaya dalam satu-satu perkara seperti dalam perniagaan
bila ditanya sebab-sebab berjaya dia kata dia telah berusaha bersungguh-sungguh
dan membuat pengurusan yang baik, tetapi bila mendapat muflis dia akan kata nak
buat macam mana sudah takdir.
Begitu juga orang
yang sihat, bila ditanya apa formula dia sihat maka dia akan jawab, dia jaga kesihatan dengan
menjaga makanan, bersenam dan macam-macam lagi. Bila sakit dia akan kata nak
buat macam mana sudah takdir. Ucapan tersebut seolah-olah bila berlaku sesuatu
yang tidak baik akan di nisbahkan kepada Allah SWT (Maha Suci Allah daripada
berbuat begitu), jika terdapat kebaikan dinisabhkan pula kepada diri sendiri.
Baik dan tidak baik
semuanya ketentuan Allah SAW. Manusia kena buat pilihan. Penjelasan Umar
dalam kisah di atas adalah tentang
membuat pilihan. Dua-dua qada Allah SWT, jika dinisbahkan perkara tidak baik
kepada Allah SWT; itu adalah satu pendustaan terhadap Allah SWT. Lihat dalam
ayat di bawah:
Firman Allah SWT
maksudnya : "Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka
melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk
nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali
menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap
Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" (Surah al-A'raaf (7) ayat 28)
Allah SWT beri kita
kemampuan untuk melakukan perkara-perkara yang diperintahkan.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ
نَفۡسًا
إِلَّا
وُسۡعَهَاۚ
Maksudnya :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Surah al-Baqarah
ayat 286)
Dengan sebab itu,
apabila Allah SWT memberi kita tanggungjawab atau tugas maka Dia Maha
Mengetahui bahawa kita berkemampuan untuk melakukannya kemudian diberi pula
kebebasan untuk memilih maka apabila
berlaku perkara-perkara yang tidak elok kita perlu menyalahkan diri kita
sendiri (kerana kelemahan dan kejahilan kita).
Sahabat yang
dikasihi,
Pepatah melayu ada
menyatakan :"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" Jika kita
berhajat kepada kebaikan, mendapat rahmat dan reda daripada Allah SWT di dunia
dan akhirat maka kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkannya. Janji Allah
SWT sekiranya para hamba-Nya ketika di dunia beramal ibadah, amal soleh,
berakhlak mulia dan tidak mensyirikkan-Nya maka balasannya adalah syurga seluas
langit dan bumi.
Oleh itu kalian
perlulah "tepuk dada tanya iman dan mata hati kalian" jika kalian tunaikan
semua hak yang wajib kalian tunaikan di dunia ini maka hasilnya kalian sendiri
yang akan memperolehinya bukan orang lain, sebaliknya jika kalain leka, lalai
dan abaikan amanah ini maka azab dan penderitaan yang berpanjangan akan
diterima di akhirat nanti. Pilihan yang tepat ada ditangan kalian insya Allah.
SaHaBaT UntuK SaHaBaT
sahabatku..
andai ini warkah terakhirku..
maafkanlah segala kesilapanku
terhadapmu..
sahabatku..
aku bersyukur kerana mengenalimu
bersama-sama denganku
dalam perjuangan
menuntut ilmu..
mencari erti kehidupan
dan erti hamba pada Yang Maha ESA
sahabatku
masihkah kau ingat
kita bersama-sama
dalam suka dan duka
mengharungi cabaran dan dugaan
sebagai pelajar
sebagai sahabat
aku ingat itu
dan aku akan sentiasa simpan
di memori ini..
sahabatku
aku rindu pada kenangan kita
andai ku dapat memutar waktu
ku ingin sekali kembali
pada masa mula2 kita bertemu..
sahabatku..
pertama dan selama-lamanya
aku ingin memohon
kemaafan denganmu
andai aku tidak menghargaimu
andai aku pernah mengguris
perasaanmu
andai aku tidak memahamimu
sahabatku
maafkanlah diriku
kerana keegoanku
kerana kelemahanku
kerana sikapku
aku sedar siapalah diriku
insan yang banyak kekurangan
dan banyak melakukan kesalahan
sahabatku
seikhlas hatiku
aku benar -benar menyayangimu
sebagai sahabatku
dunia dan akhirat
dan aku sentiasa mendoakan
moga ukhwah yang terbina ini
berkekalan hingga ke syurga..
sahabatku
tiadalah kalimah perpisahan dalam hatiku
kerana ku tahu
walaupun kita berjauhan
dirimu sentiasa dekat di hatiku.
.
sahabatku
aku sayang padamu
aku ingin menjadi sahabat baikmu
seikhlas hatiku
hanya itu yang mampu
ku ucapkan..
selamanya moga Allah
sentiasa merahmati
ikatan ukhwah ini..
aamiin..
Langgan:
Catatan (Atom)




.jpg)

