Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…
Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
silaturrahim adalah janji yg dilafazkan di dalam hati, tak bersuara, tak bertulis, tak putus walaupun sedih berpisah,tak berubah walaupun masa berlalu..(^_^)
Rabu, 25 Januari 2012
Tuhan, Aku Terlalu Banyak Dosa
Pejam celik..pejam celik. Mata x juga dapat nak tutup, memerhatikan segenap ruang bilik, lihat pada jam di Hanset. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Kadang-kadang manusia pasti akan toleh ke belakang,memikirkan tiap detik yang berlalu @ Muhasabah diri..
Dalam suku duka mengenang dosa-dosa semalam, hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diriku. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir..Mencari Allah, mengingati Allah, menyebut-nyebut nama-Nya.Menghadirkan rasa bertuhan agar meyentap sanubari.
"Ya Allah, hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu Banyak dosa"
Maka selepas itu berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.
Ya Allah,
Aku manusia biasa, aku bukan malaikat. Musia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan.Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang?? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah,tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.
Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. aku berpuasa di bulan Ramadhan. aku manusia Biasa!
Tapi , kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! tiada rasa takut kepada-Mu!
Dimanakah semangat itu menghilang?
Dimanakah air mata yang sering mengiringi bacaan Doa?
Hatiku tidak merasai kenikmatan doa. aku jadi taku. pelbagai perkara bermain di filiranku. " Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Hati meronta-ronta, lepaskanlah akau! lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh dari-Mu.
Hati manusia ibarat besi. Setiap doasa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh dicuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan. Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa baginya.
Astaghfirullah...Astaghfirullah....mintak jauh lah...
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang "
(Surah Al-Ra'd 13:28)
Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil namu-Mu. ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah kau palingkan aku setealah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.
Allah....
Aku tersedar. Aku tersentap kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa?? kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik?? tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakan aku sempurna.
Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai..aku lalai Ya Allah...Terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.
"Zikir itu. penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah s.w.t.
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepda siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? kepada siapa lagi hendak hamab menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku??
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu unutk selamanya. jangn sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin Ya Rabb....
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri,
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berlah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen....
Selasa, 17 Januari 2012
Afraid that my heart said to stop
Hati memang susah untuk kita menduga, hati ini juga boleh membuat keputusan diluar jangkaan apa yg kita rancang, ayat mudahnya "Kita merancang tetapi Allah yg menentukannya" begitu juga Hati, sbb hati kita adalah milik Allah...Hatiku masih keliru x dapat membuat keputusan adakah aku akn berhenti terus dari menuntut ilmu dimana tmpt aku bljr sekarang ataupun sebaliknya , tetapi hatiku berkata tidak mahu berhenti karana sudah beberapa tahun aku di **** n than dah hampir nak great dah pun, tinggal lagi 1 Tahun lebih je lagi....TAPI aku masih rasa takut kemungkinan aku akn berhenti dan sambung belajar di tempat lain, siang malam memikirkan Hal nih, begitu seksanya hatiku untuk memikirkan hal nih, terasa amat pedih sangat. Dan aku bersiap sedia akn apa yang akan berlaku selepas ini...jika memang ditakdirkan aku utk berhenti belajar di **** Aku Redha, jika aku mengimbas kembali masa dahulu sebelum aku sambung belajar di ****...memang aku ada rasa menyesal sambung belajar di **** sbb bidang yang aku ambil sekarang bukanlah dri apa yang aku impikan dan seolah-olah jauh sangat tersasar dari landasan yang sepatutnya aku ambik dan kalau nak menyesal sekarang pun x de gunanya, semuanya telah dirancang dan diatur oleh Allah s.w.t dan sebagai umat islam aku percaya dengan qada' dan qadar. Dengan bidang yang aku ambil sekarang memang mencabar diriku dan juga imanku dan walau apa jua bidang yang aku ceburi walaupun bukan dari bidang islamic aku sentiasa memohon kpd Allah agar menjaga diriku dari kelalaian dunia dan juga kemaksiatan. Dan di dalam hal ini juga aku berharap aku dapat habiskan belajar di **** sampailah great,cuma setahun lebih je lagi than lepas tuh barulah aku akan cari balik identitiku yang sebenar maksudnya aku adalah kembali kpd apa yang aku inginkan selama ini. dan aku ingin mintak doa daripada sahabat2 semua untuk mendoakan agar aku terus kekal sambung belajar yg mana tmpt aku belajar sekarang smpailah great....n than lps tuh aku harap hidup aku tidak lagi dibelenggu kekeliruan atau rasa menyesal terhadap keputusan aku buat kelak.... teruskan perjuangan....(Berusaha+Doa+Tawakal) insyaAllah.....
Jumaat, 2 Disember 2011
The memories ... ~ how beautiful it was, if this can be repeated back memories! SMUTI 2005 - 2009
KENANGAN DI SMUTI
Kenangan di SMUTI 2005
~Pada tahun ini aku menjejakkan kaki melangkah ke SMUTI, dan di dalam hati aku memang sedih sbb dipaksa menyambung belajar di sini, actually aq ingin menyambung belajar di salah satu sekolah di Selangor, tp nak wak macam mana sudah ditakdirkan aq utk bljr di SMUTI.
~Berjln aq masuk ke SMUTI dgn b'pakaian lengkap seragam sekolah, Baju warna putih, Seluar warna hijau dan berkopiah, ermm ckp pasal kopiah time first aq dtg sekolah aq sorang je yg kopiah lain drp yg lain bak kata senior aq kat SMUTI yg aq panggil Abe Daus dia cakap " Kopiah Besar Nak Mampus" siap ada mampus kat belakang...hahaha, memang lah besar, sbb aq pakai kopiah Abah aq...
~N than masuk lah aq ke kelas yg dipanggil kelas 1 B(B), first tuh aq x tahu apalah maksud 1A(L),1A(B),1B(B)...time tuh aq duk kelas last sekali, rupanya 1A(L) tuh 1A (Lama), n than 1A(Baru) dan kelas aq 1B (Baru), ada gak kelas bru n lama, yg kelas lama tuh org yg dah ambil peralihan, n than pada tahun aq masuk tingkatan 1 tuh pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) dah mansuhkan kelas peralihan, kiranya aq x sempatlah..alhamdulillah, kalu x rugi lah setahun aq..hehehe
~Dalam kelas aq nih seorg yg pendiam, sopan gituh lol, org tanya berpatah-patah, aq jawab satu patah je, memang x leh lupa :), time nih aq still lagi x jumpa kwn yg betul2 yg nak b'kawan dgn aq, n than aq selalu kwn dgn cousin aq (bdk perempuan) semua org dlm kelas aq x tahu yg bdk perempuan tuh cousin aq, jadi apa lagi dah kena gosip dah, belum lagi famous kat SMUTI dah kena gosip yg aq ada scandal.. ye lah dtg skolah sekali, balik sekolah pun sekali...hehe, tp aq x endahkan biarlah org nak kata,...n than aq still simpan rahsia sampailah terbongkar gak. :)
Dilantik Sbg Pengawas
~tentu nak tahu mcm mana aq bh jadi pengawas...ye lah, padahal aq nih seorg yg pendiam je dlm kelas dah lah kena buli selalu, tp dilatik pulak jadi pengawas...macam nih cerita dia seorg Ustaz Yg juga Gikgu Disiplin di SMUTI nama dia USTAZ ZAMIHAN , time tuh dia dtg ke kelas aq, than dia cakap dia nak cari 2 org pengawas lelaki dan perempuan, Pengawas Perempuan yg dapat adlah cousin aq, kira ok lah sbb mulut dia dlm kelas pun blh lah tahan..:) berleter sini sana , bertengkar dgn bdk lelaki, n yg selalu bakup aq kalu ada apa2, cousin aq yg tuh lah ...hehe, lps tuh Ustaz tuh pun nak cari Pengawas lelaki pulak, kalau ikut sukarela SEMUA NAK JADI PENGAWAS duk berebut nak angkat tgn, sbb Ustaz tanya siapa yg nak jdi Pengawas, jadi semua angkat lah, sampai lah ada USTAZAH ADILAH Guru kelas aq, dia mencadangkan nama aq utk jadi Pengawas lelaki...huhh time tuh terkejut aq, ye lah memang x disangka langsung aq dpt jdi pengawas dah lah pendiam...huhu, n yg paling x sangka sepupu sama sepupu blh pulak jadi Pengawas dlm kelas, apa lagi habis lah mengata satu kelas, tp aq x hiraukan dah aq dapat nak wak mcm mana , tu lah rezeki dr Allah.
~Lps aq jadi pengawas sedikit ada perubahan dlm kehidupan seharian aq di sekolah, Pkai Baju Warna Hijau, Seluar Warna Hitam, n than Kasut Warna Hitam, walaupun dah pegang status sbg Pengawas, tp masih lagi sama, pendiam, selalu kena buli n kira aq nih PENGAWAS YG PENAKUT, kalau lihat ke Senior Pengawas time tuh, memang aq tabik, sbb lalu je Pengawas yg dah lama, Bdk2 semua senyap, terlintas dlm fikiran aq..'bila lah aq nak jadi mcm tuh'..hehehe seterusnya sampai lah aq naik TINGKATAN 2.....
Perhimpunan Pada setiap hari AHAD
yg baju hijau kat tepi/belakang tuh pengawas yg kena jga barisan..:)
Kenangan di SMUTI 2006
~Melangkah ke TINGKATAN 2 b'maksud pada tahun ini aq menghadapi PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH UGAMA (PMRU), so kena redy lah bukak kitab2 n hafal, adui.....yg nih lah paling malas, ye lah kena hadap bahasa arab je tiap2 hari, tp ak x pernah menyesal sampai ke hari ini, sbb pada tahun nih lah jugak aq memahami lebih mendalam tentang hukum hakam dlm islam (tp x lah secara keseluruhan) di dlm tingkatan 2 nih aq bljr subjek Al-Quran,Nahu Soraf,Fikah, Tauhid dan pelbagai lagi..kira time aq TING. 2 memang semuannya kena hafal je, so time nih kira ok lah sbb bljr byk ke Islamic kan. Dan masa time nih pelajaran aq kira ok lah, tp time TING. 2 aq still duk kelas last lgi iaitu 2B,....aik...knp dah x de B kat blkg hehe, sbb kelas 1A(L) yg sepatutnya tahun ini 2A(L) dah tiada kira dia terus campur dgn pljr2 baru yg dlm kelas 2A(B) dan 2B(B) n oleh krn dah tiada ( L) Lama, jadi kita panggil je kelas 2A dan 2B, kira Time TING.2 ada 2 kelas je.
Pencapaian Dalam Akedemik
~Masa nih aq selalu bertukar kedudukan dlm antara nombor 1,2 dan no. 3 je dlm peperiksaan, Kalau time cikgu bagi tahu pasal result keseluruhan peperiksaan x kira lah exam awal tahun ke, p'tengahan tahun ke, akhir tahun ke..yg pasti kedudukan aq selalu brd..x no. 1, dpt no. 2...kalau x dpt no.2 dpt no. 3, n law x dpt no.3 NO.1...hehehe nak wak macm mana sbb dlm kelas tuh x de lah saingan mana dah duk kelas LAST kan so mudahlah...n kalau nak tahu bdk lelaki dlm kelas aq..Ya Allah...x tahu lah nak cakap apa, mcm bukan manusia, time nih pun aq selalu gak kena buli, yg x tahannya...aq khusyuk2 duk bljr tiba2 datang lah getah dr blkg aku..puihhhhh aduhhh sakitnya, dah kena bidas kat bdk2 lelaki dlm kelas aq...iaasshhh dasar gembel lah, mcm tuh lah aq KENA BULI, hehe walaupun aq nih pengawas...hihihi
~Time aq TING.2 nih aq rasa mcm x de Kwn yg betul2 serasi dgn aq , yg memahami aq, so kira dlm kelas, aq dgn bdk lain mcm kwn biasa je lah, x de lah kwn rapat2. Exam PMRU dah semakin dekat, hafal punya lah hafal mcm nak dah nak pecah kepala nih sampai lah tiba hari exam PMRU, so aq buat je lah yg mana tahu, n law x tahu aq COPY N PASTE je dr petikan yg ada aq copy kat soalan jawapan, ye lah law x tahu memang x leh jawab lah, sbb bahasa arab kan..aq mana tahu sgt, so x nak bgi nampak kosong, yg mana soalan yg leh jawab aq copy n paste je...habis cerita!!! hehehe.
Gambar time TING. 2 hehe..cute lagi time nih :)
Kenangan di SMUTI 2007
~Tahun nih dah masuk ke TINGKATAN 3, kalau tahun lalu aq ada exam PMRU...ermm nak tahu x brp aq punya result PMRU....BIARLAH RAHSIA, hehe
~Yang pasti tahun 2007 adalah tahun yg cukup bertuah bagi aq, n dari sini lah bru dapat perubahan demi perubahan dalam kehidupan aq..ALHAMDULILLAH Syukur ke Hadrat ILLAHI.
~Pada first aq masuk TING. 3 aq still duk kat kelas 3B, sampai lah seorg Ustazah dtg masuk kelas aq n ustazah suruh aq pindah masuk kelas 3A, t'kelu aq time tuh, bagaikan x percaya, n time tuh Ustazah suruh aq pindah Skrg, tp aq masih berat lagi nak pindah..ye lah kan dah biasa dgn kelas aq yg tuh, jadinya ada sedikit janggal..jadi lps keesokkan tuh baru aq masuk kelas 3A.
Berkenalan dgn Kawan-kawan dr kelas 3A termaksud dgn my BFF
~Keesokkan tuh aq masuk lah kelas 3A, mula2 tuh memang x selesa, ye lah dah baru masuk kan, dah lah sekelas dgn Bdk2 yg blh dikatakan bijak lah jgk...hehe, memang berbeza time aq duk kelas 1B dgn 2B dlu...kalau dulu time dlm kelas aq rasa macam TINGGAL DALAM ZOO, hehe. Tp time duk kelas 3A rasa nyaman je...x de gangguan, kalau dlu sentiasa ada gangguan bidas sini sana kena org tuh..org nih..aduihhh.
~Semua bdk2 kelas 3A ok2 je, sporting....mudah b'kawan dan time aq duk kelas nih lah baru aq temui Sahabat2 yg aq inginkan, SAHABAT-SAHABAT ITU ADALAH HAZMI,SHAIR,NAZIRAN DAN RUSTAM yg aq tubuhkan kumpulan yg b'nama FAMOUS FIVE, di semnjak itu, aq rasa hidup aq benar2 berubah, contoh sejak dari itu aq mudah rapat dgn Cikgu2 di sekolah n aq rasa MA n ABAH aq lah yg paling bangga dgn aq time tuh...memang berubah drp yg lalu..drp PENDIAM ke PERIANG...hehehe alhamdulillah.
~Oleh krn aq dah naik kelas, jadi aq pun risau gak pasal akademik, ye lah kalu time Ting.1 & Ting.2 dlu aq selalu dapat no. 1,2, or 3 je dlm kelas...kalau dah naik kelas nih x taw lah no. brp ke no. last sekali, hehe...kalau Ting 3 nih aq ada pulak exam iaitu PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR), n than utk exam awal tahun dan p'tengahan tahun ALHAMDULILLAH..kedudukan aq dlm kelas x lah teru sgt cuma dpt no. Belas-belas x silap aq, hehe ye lah belas-belas kan x ingat mana lain lah kalau no. SA...hehe
Kenangan di SMUTI 2008
~Tahun 2008 nih aq m'hadapi exam SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU), hampir sama lah jgk dgn kehidupan aq di sekolah time TING.2 mcm tu lah gak HAFAL,HAFAL n HAFAL....tuh je,
~Kalau nak tahu time TING.4 nih ORANG LAIN DAH X BERANI NAK BULI AKU, knp?? sbb time nih memang aq dah ada PENGARUH YANG BESAR KAT SEKOLAH, kira MCM TAIKO gak kut..hehehe, tp buka kes aq nih SAMSENG tp sejak dari itu aq sudah dikenali oleh SEMUA CIKGU2 di sekolah, kira FAMOUS gak lah.....
~Bersama-sama dgn Member2 aq FAMOUS FIVE memang meletup time tuh, Kira cikgu2 pun memang dah rapat dgn kitaorg, start dri itu mula lah Perlahan-lahan utk terus maju dan TERUS MAJU LAGI....:)
Kenangan di SMUTI 2009
~Tahun NIh gak aq M'hadapi SIJIL PENILAIAN MENENGAH (SPM), kira time nih memang dah redy dah kut, hehehe, yg paling aq kagum Cikgu2 semua Bersungguh-sungguh utk menolong kitaorg dlm SPM, buat kelas tambahan siang, malam....kitaorg buat studies Group(tp x taw lah studies group ke x, kata member aq law buat study group akn jadi STUDY GREEK..hahaha)
~N yg paling seronok time nih, kitaorg Bacth SPM2009 diberi kepercayaan oleh pihak sekolah utk Handle PROGRAM-PROGRAM DI SEKOLAH, memang best..antaranya ialah PROGRAM QIAMULLAI, PROGRAM HARI GURU, PROGRAM SUKAN kira byk jgk lah..yg paling Best PROGRAM HARI GURU..kalau tahun2 lalu memang simple, jadi Aq dgn member2 aq nak kan perubahan, jAdi kita org buat MAJLIS HARI GURU ALA MALJIS ANUGERAH B'PRESTIJ MCM ABPBH lagi...ahhahaaha, siap ada pencalonan utk anugerah2 guru.....huhh best sgt2, dan time tuh jgk kitaorg mewakili BACTH SPM 2009 buat TEATER LAKONAN..yg berlakon t'maksud lah aq..memang best, sampai MUDIR/PENGETUA menitiskan air mata dan juga guru2 yg lain, sbb teater aq time tuh sempena hari bapa, kira jln cerita tuh memang sedih lah....antara pelakon UTAMA ilah AKU, HAZMI,SHAIR,NAZIRAN dan member2 aq yg lain..memang x leh lupa..BEST!!!
~Tahun nih gak Bacth SPM 2009 MENYAPUH BERSIH SEMUA SUKAN2 ILMIAH UTK PERINGKAT ZON/DAERAH sampailah satu tahap dapat MENAIKKAN LAGI NAMA SMUTI KE PERINGKAT YG LEBIH MAJU..hehehe antaranya ialah SYARAHAN BAHASA MELAYU : MY BFF (SHAIR),SYARAHAN BAHASA INGGERIS:MY BFF (HAZMI) dan banyak lagi seperti MULTIMEDIA dan yg paling aq suka PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT ZON, sbb aq dan semua MY BFF join NASYID n ALHAMDULILLAH kita ORG MENANG...tnpt ke-3...hahaha kira ok lah tuh sbb aq dah join nasyid sejak tahun 2007 lagi tp x pernah menang cuma dpat hadiag saguhati je. n tahun last aq kat Smuti akhirnya dpt jgk...hehehe
Detik Perpisahan
~Tahun Nih memang last lah aq kat SMUTI, aq rasa mcm x cukup je lagi..mcm nak je duk lagi kat SMUTI, mcm.. masa nih pantas sgt berlalu.
~n tahun nih jgk aq rasa keakraban aq dgn teman2 semakin kuat....memang susah sgt nak berpisah Allah sahaja yg tahu, sbb kita org memang rapat sgt....bayk sgt2 memori yg tercipta sepanjang aq brd di SMUTI. lps tuh mcm2 pesancakap "inilah pertemuan terakhir lah n mcm2 lah" sampai nyanyi lagu DOA PERPISAHAN...very2 sad...
~n lps habis je SPM yg x leh lupa ada bdk sorang tuh dia bukak baju skolah n than suruh semua bdk2 tandatangan kat baju..aq piir bagus gak tuh..hehe, lps drp itu aq jarang b'jumpa dgn member2 dlm kelas aq KECUALI dgn MY BEST FRIEND FOREVER(BFF) HAZMI,SHAIR,NAZIRAN dan RUSTAM x pernah sunyi or sepi pasal kitaorg ALWAYS ADA PERANCANGAN LPS SPM x pernah sunyi...ada je p sana sini, buat makan2 or even apa2....BEST!! nih lah tanda KEAKRABAN KITAORG X PERNAH PUTUS......hehehe SAMPAILAH AKU DUK KAT KUIS STILL SAMA, kalau cuti terus je jumpa...ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILLAHI....:)
Nantikan Cerita Kehidupan ku Di KUIS pulak..:)
Sabtu, 26 November 2011
SaLaM MaaL HijRaH 1433H (^_^)
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah
1433. Semoga dimurahkan rezeki, harmoni dan diberkati Allah disepanjang tahun mendatang.
TAZKIRAH SEMPENA MA'AL HIJRAH 1433H
HIJRAH MEMBENTUK KESATUAN UMMAH
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik dan pemerintahan, amalkanlah dengan cara Islam yang sebenar, yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik dan pemerintahan, amalkanlah dengan cara Islam yang sebenar, yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
DOA AKHIR TAHUN
Maksud Doa: Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.DOA AWAL TAHUN
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Marilah sama2 kita membaca doa ini sempena sambutan Maal Hijrah 1433H.
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Ahad, 7 Ogos 2011
Tazkirah Ramadhan - (Hayati maksud sebenar tadarus)
BULAN Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran, maka marilah kita sama-sama menginsafi diri dengan membaca al-Quran. Inilah yang dilakukan oleh salaf al-soleh dan Rasulullah SAW sendiri. Persoalan di sini ialah apakah maksud tadarus itu? Adakah hanya membaca atau melihat terjemahan atau bagaimana? Jika sekiranya dikehendaki dengan membaca, sudah tentu disebut dengan qiraah yang bermaksud bacaan. Justeru maksud tadarus lebih kepada saling semak menyemak dan mempelajari serta mengkaji yang menatijahkan penghayatan dan amalan mengikut hak al-Quran diturunkan. Seperti kata al-Syahid Hasan al-Banna berkenaan dengan hak al-Quran dalam bukunyaMajmu' Rasail: "Saya tidak pernah melihat sesuatu yang kelihatan seolah-olah dijaga rapi tetapi sebenarnya disia-siakan atau seolah-olah dipelihara tetapi sebenarnya diabaikan seperti mana yang berlaku pada al-Quran sebagai sebuah kitab yang lengkap, suatu sistem yang bersepadu dan menjadi tunjang kepada segala urusan agama dan dunia." Allah SWT berfirman dalam surah al-Fussilat ayat 42 yang bermaksud: Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya, ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. Menyentuh tentang al-Quran ada tiga perkara penting yang perlu ditekankan oleh umat Islam; Kerapkan membaca al-Quran, beribadat dengan membaca al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membaca al-Quran. Meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan kepada hukum dan syariat agama. Al-Quran perlu diambil, dipetik, dicedok dan dipelajari. Meletakkan al-Quran sebagai asas undang-undang dunia yang akan dirujuk. Fasal-fasal dalam al-Quran yang bijaksana ini perlu dilaksanakan. Ini adalah objektif utama Allah menurunkan kitab ini dan matlamat Allah mengutuskan Rasul-Nya. Allah SWT mewariskan kitab-kitab-Nya untuk kita agar ia menjadi penasihat, pembimbing, menjadi hukum yang adil dan neraca yang benar. Generasi silam yang diredai Allah memahami objektif ini, kerana itu mereka bangkit melaksanakan sebaik-baiknya. Ada di kalangan mereka membaca seluruh al-Quran selama tiga hari. Ada yang membaca selama tujuh hari. Ada yang membaca al-Quran kurang dari tempoh itu dan ada yang lebih. Ada di antara mereka yang tidak berkesempatan membaca al-Quran, mereka akan melihat mushaf al-Quran dan memaca beberapa ayat al-Quran kemudian berkata: "Mudah-mudahan saya tidak termasuk dalam golongan yang menyisihkan al-Quran." Al-Quran adalah teman mereka. Al-Quran adalah wirid dalam ibadat mereka. Sepanjang malam dan siang mereka akan membaca al-Quran. Semoga Allah meredai khalifah ketika iaitu Saidina Uthman yang masih tidak bercerai daripada mushaf walaupun dikepung dan pedang terhunus di tengkuknya. Dari awal malam dia membaca kitab Allah. Di hujung malam dia menemui ajalnya Semoga Allah merahmati orang yang sedang meratap sedih kematiannya dengan ratapan yang paling indah ungkapannya: Mereka membunuh orang tua yang padanya ada tanda sujud. Orang yang menghabiskan malam dengan mengucap tasbih dan membaca al-Quran. Jika anda kaji sejarah hidup mereka, anda akan dapati tiada seorangpun di antara mereka yang mengabaikan kitab Allah SWT atau tidak membaca kitab Allah selama seminggu. Apatah lagi untuk mengabaikannya selama sebulan atau setahun atau bertahun-tahun. Tidak perlulah saya bentangkan kepada anda kisah-kisah menarik dan mengkagumkan seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah. Apabila mereka mahu meneroka hukum agama Allah, al-Quran akan menjadi rujukan pertama mereka. Apa lagi jika tidak kitab Allah yang akan menjadi rujukan pertama mereka? Anda dapat lihat bagaimana Nabi SAW telah bersetuju dengan Muaz apabila Baginda bertanya Muaz tentang apakah asas dia menjatuhkan hukuman. Muaz menjawab: "Dengan Kitab Allah. Muaz mulakan dengan Kitab Allah, kemudian barulah diikuti dengan sunnah yang suci." Anda sendiri tahu bagaimana Umar melarang ramai sahabat yang dihormati daripada menyampaikan hadis kepada orang ramai. Sedangkan mereka begitu hampir dengan zaman Islam, mereka amat tahu tentang hadis dan pelbagai kisah. Apa yang dilakukan oleh Umar itu bertujuan supaya mereka dapat mengajar al-Quran terlebih dahulu kepada orang ramai agar mereka diajar apa yang dihalalkan dan diharamkan oleh al-Quran. Anda juga tahu bagaimana imam yang masyhur di kalangan tabiin dan tabi' tabiin seperti Sa'id bin al-Musayyab, mereka tidak membenarkan orang ramai menulis fatwa mereka kerana mereka tidak mahu orang ramai hanya tertumpu kepada fatwa mereka dan mengabaikan kitab Allah. Sa'id pernah mengoyakkan sehelai kertas daripada tangan orang yang menulis fatwanya. Beliau berkata: "Anda ambil kata-kata saya tetapi meninggalkan Kitab Allah kemudian anda pergi sambil berkata Sa'id berkata begini! Sa'id berkata begini! Sepatutnya anda berpegang dengan Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Apakah dengan kisah-kisah begini anda tidak dapat melihat bagaimana generasi silam yang soleh dan diredai Allah SWT meletakkan Kitab Allah sebagai asas yang menjadi rujukan ketika mereka mendalami agama dan hukum Allah? Bagi mereka segala urusan dunia perlu menurut apa yang diperintahkan oleh Kitab Allah dan akur kepada hukum al-Quran. Segala hak perlu ditunaikan, segala hukuman perlu dilangsungkan, segala hukum perlu dilaksanakan, segala perintah perlu dijalankan. Semua ini tidak boleh dimansuhkan dan diabaikan atau diubahsuai atau dipinda. Itulah yang berlaku suatu ketika dahulu.
Langgan:
Catatan (Atom)










